KUALA LUMPUR 29 Julai - Bermula 1 Ogos, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum pernah mengeluarkan simpanan mereka di bawah Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya di bawah 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel'. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, kemudahan itu diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang layak mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.
"Usaha ini adalah untuk menyokong objektif kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia. "Ahli kini berpeluang merealisasikan impian mereka untuk memiliki kediaman yang lebih baik buat keluarga menerusi kelayakan pinjaman yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini Beliau berkata, 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' tidak akan menjejaskan simpanan persaraan ahli malah simpanan yang telah diasingkan itu akan terus menerima dividen tahunan dari KWSP. - Bernama hari ini.
No comments:
Post a Comment